Kepercayaan akhirat Mesir Purba
Kepercayaan akhirat Mesir Purba

Kepercayaan akhirat Mesir Purba

BDEHIKMNPQRSTUWKepercayaan akhirat Mesir Purba mempunyai pelbagai upacara yang berkaitan dengan budaya mereka. Agama merupakan pengaruh utama kerana ia adat yang menghubungkan semua orang Mesir. Contohnya, banyak dewa Mesir membimbing jiwa si mati di akhirat. Dengan perkembangan teknologi tulisan, idea-idea agama ditulis dan cepat tersebar ke seluruh masyarakat Mesir. Untuk memastikan perjalanan yang selamat, teks-teks dicipta yang memberikan panduan dan penjelasan tentang perkara-perkara yang perlu diketahui oleh si mati. Teks-teks ini mengukuhkan dan memulakan kepercayaan akhirat Mesir.Agama Mesir mempercayai tiga perkara selepas mati: terdapatnya alam ghaib, kehidupan abadi, dan kelahiran semula jiwa. Alam ghaib, juga dikenali sebagai alam kubur atau Duat, hanya boleh disampai melalui makam orang yang baru meninggal dunia. Apabila seorang jiwa memasuki alam ghaib, mereka akan berdepan dengan sebuah dewan penuh dengan patung-patung dewa, termasuk dewa Horus, yang mempunyai kepala burung falkon. Jalan ke alam ghaib ini mungkin berbeza untuk raja dan rakyat biasa. Selepas masuk, roh akan bertemu seorang dewa penting yang lain, Osiris. Osiris akan menilai kebaikan jiwa orang itu dan, jika layak, akan membenarkan orang itu hidup damai di akhirat. Orang Mesir purba percaya "hidup abadi" itu kelahiran semula selama-lamanya. Oleh itu, jiwa-jiwa yang telah menjalani hidup yang baik akan dibawa berjumpa Osiris untuk dilahirkan semula.[2]Pelbagai amalan perlu dilakukan semasa hidup untuk mencapai hidup akhirat yang ideal. Ini mungkin termasuk berlaku adil dan mematuhi akidah agama Mesir purba. Di samping itu, orang Mesir menekankan upacara-upacara yang perlu dibuat selepas seseorang meninggal dunia. Maksudnya orang yang masih hidup bertanggungjawab menjalankan upacara-upacara terakhir yang diperlukan supaya si mati dapat mulakan perjalanan ke akhirat. Akan tetapi, akhlak oleh si hidup dan si mati, serta mematuhi adat-adat, perlu dijaga untuk menjaminkan perjalanan si mati adalah lancar di alam ghaib.Orang Mesir ingin bekerja dan meluangkan masa dengan aktiviti kesukaan mereka di akhirat.[3] Sungai dan alam sekitar dengan tanah yang subur untuk bertani dipercayai wujud di akhirat, dan lukisan objek-objek seperti perahu pada dinding makam dipercayai akan menjadikannya wujud di akhirat untuk orang yang menggunakan objek itu sebelum mati.[3]